Perkongsian FPT dengan Microsoft telah terjalin sejak tahun 1990-an. Perkongsian ini pada mulanya memfokuskan kepada sistem sektor awam dalam bidang percukaian, kastam, penjagaan kesihatan dan e-kerajaan, dan kemudian berkembang menjadi pemodenan perusahaan berskala besar. Hari ini, FPT mempunyai lebih daripada 3.000 jurutera yang diperakui Microsoft, dengan kepakaran yang merangkumi AI, pembelajaran mesin dan keselamatan dalam Microsoft Azure.
“Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan finalis Microsoft Partner of the Year Awards 2026”, kata Nicole Dezen selaku Chief Partner Officer sekaligus wakil Presiden Korporat di Microsoft. “Penerima tahun ini memanfaatkan kuasa Microsoft Cloud dan AI untuk menyampaikan penyelesaian transformasi, mempercepatkan kejayaan pelanggan dan meluaskan sempadan kemungkinan. Kecerdasan dan impak yang mereka cipta memberi inspirasi kepada kami, sekaligus menunjukkan apa yang boleh dicapai apabila visi berani dan teknologi bergabung untuk memperkasakan organisasi di seluruh dunia”.
Microsoft Partner of the Year Awards 2026 telah diumumkan menjelang acara Microsoft Ignite, yang akan diadakan di San Francisco pada 17–20 November. Maklumat lanjut mengenai anugerah tahun 2026 ini boleh didapati di blog Microsoft Partner: https://aka.ms/2026POTYA_Announcement. Senarai penuh kategori, pemenang dan finalis boleh didapati di https://aka.ms/2026POTYA.
FPT Corporation (FPT) adalah sebuah syarikat penyedia layanan teknologi dan IT terkemuka di dunia yang beribu pejabat di Vietnam. Syarikat ini beroperasi di lebih daripada 30 negara dan wilayah. Selama hampir empat dekad, FPT secara konsisten telah menyediakan penyelesaian terbaik kepada jutaan individu dan puluhan ribu organisasi di seluruh dunia. Dengan fokus yang kuat pada penguasaan teknologi strategik, FPT terus memacu inovasi merentasi pelbagai sektor industri. Sebagai syarikat yang mengutamakan AI, FPT komited untuk meningkatkan kedudukan Vietnam di peta teknologi dunia serta menyediakan penyelesaian berasaskan AI bertaraf dunia kepada syarikat di seluruh dunia. Syarikat melaporkan jumlah hasil sebanyak US$2.66 bilion (Tahun Kewangan 2025) dan mempunyai tenaga kerja yang disokong AI dengan lebih daripada 37,000 jurutera.